Profil
Profil Perniagaan![]()
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T yang mengurniakan kami semangat,kebolehan dan pengalaman untuk kami menubuhkan MyWin Trading & Services dalam menyahut seruan kerajaan bagi melahirkan ramai usahawan Bumiputera yang berdaya saing dan berkualiti.
MyWin Trading & Services ditubuhkan pada 07 November 2006 yang mana syarikat ini memberi tumpuan kepada kerja-kerja yang berkaitan dengan:
1. MEMBEKAL BARANG-BARANG KEPERLUAN PENGGUNA
2. PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN MESIN/KENDERAAN
3. MEMBEKAL/MEMBUAT KERJA-KERJA SIVIL
4. PERKHIDMATAN PENGUBAHSUAIAN BANGUNAN & KERJA-KERJA PEMBINAAN
Andai kata diberikan peluang, Insya Allah kami akan membekalkan barangan dan melaksanakan projek-projek yang diberikan dengan baik untuk para pelanggan demi memenuhi piawaian dan standard yang ditetapkan.
Dengan mengamalkan prinsip 'bekerjasama dengan pesaing' MyWin Trading & Services berharap setelah berjaya nanti kami akan dapat pula membantu dan membimbing lebih ramai usahawan Bumiputera dalam bidang yang sama.
Salam Hormat
Admin
