Projek ternakan itik penelur
04-03-2009

InsyaAllah kami akan memulakan ternakan itik penelur menjelang bulan April 2009.
Projek ini adalah projek usahasama dengan seorang kenalan lama yang sudi untuk berkongsi modal.
Berikut adalah lakaran reban/kawasan ternakan hasil sumbangan rakan dari forum BicaraJutawan

Kami berharap projek ini akan berjaya & dapat memberi sumbangan kepada ekonomi negara....
tapak cadangan yg telah dibersihkan

Alhamdulillah, batch pertama anak itik sebanyak 30 ekor telah selamat sampai di kg pada 11/04/2009. Batch ini terdiri dari itik penelur dari jenis Siam Hitam yg dibeli dari Wazzup Aquarium Jalan Kebun,klang.
Untuk batch kedua pula, rakan kongsi mencadangkan utk membeli itik baka Golden White layer dari Pusat Pembiakan Itik Paya Jaras.
Pegawai di bahagian tempahan adalah En.Mohd Rizal h/p 017-369 7313.
Kelaziman nya waiting time/que adalah selama 2 bulan & bayaran penuh hendaklah dibuat semasa tempahan.
Pada 26/04/2009, reban baru berukuran +/- 60 kaki persegi telah didirikan bagi menampung itik dari batch pertama yang semakin membesar.Setakat ini kesemuanya dalam keadaan sihat & aktif.
Pada 29/05/2009, kawasan berpagar telah didirikan bersambung dengan reban terdahulu. Kawasan ini berukuran 25' x 12'.Tujuan ia dibina ialah sebagai tempat itik-itik berehat. Ini kerana dengan saiz itik yang semakin membesar, ruang reban sedia ada menjadi agak sempit. kawasan baru ini akan di jadikan tempat makan & mandi manakala reban lama akan dibersihkan & dikhaskan untuk tempat tidur diwaktu malam.Kawasan tempat tidur akan menjadia kwasan berbumbung sepenuhnya.
Bagi projek fasa ke-2 di Rantau Panjang, Klang, Kawasan berukuran 36' x 30' telah siap dipancang/didirikan tiang pagar dari kayu bakau.
Selepas ini,ia perlu direntang dengan net nylon & zink dibahagian bawah. Bagi binaan reban bersaiz 12' x 20' pula, baki kayu bakau & kayu getah akan digunakan. Mengikut perancangan atap nipah akan digunakan sebagai bumbung. Masalah bekalan air dijangka dapat diatasi dengan mengorek semula kolam sedia ada manakala bekalan elektrik akan diambil dari rumah kediaman berhampiran.
Berikut adalah gambar itik yang diambil pada 15/06/2009.Ketika ini usia itik adalah lebih kurang 2 bulan.

06/07/09
Saya mendapat perkhabaran kurang baik dari kampung-reban itik dimasuki anjing.Seekor itik telah mati angkara itik durjana.Nasib baik kakak ada di kampung & cepat menghalau binatang tak berguna itu..jadi sekarang ni itik tinggal 29 ekor.Seeloknya itik2 ini harus dibawa ke Klang secepat mungkin.
Pada pertengahan Julai, itik2 ini telah selamat dipindahkan ke Rantau Panjang.
Pada minggu ke-2 bulan Ogos, itik ini telah mula bertelur iaitu 2 biji setiap hari..Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T. Moga2 pasni semua itik2 ini akan bertelur setiap hari
Pada 18/08/2009 berlaku kejadian angin ribut di sekitar Kg Rantau Panjang.Reban itik kami juga terkena tempias dari kejadian ini di mana sebatang pokok mangga & kelapa telah tumbang menghempap kawasan berpagar & sebahagian bumbung reban itik.
Alhamdulillah tiada itik2 yg terkorban & sepanjang minggu ini Pak Haji Ahmad sibuk memperbaiki reban & memotong ranting2 pokok.InsyaAllah kami akan upload gambar2 berkaitan dlm waktu terdekat.
Hasil ketekunan Pak Haji Ahmad, pokok yang tumbang telah selesai dibersihkan & reban yang rosak juga telah diperbaiki. Bilangan kutipan telur juga telah meningkat kepada 10-11 biji sehari pada pertengahan bulan September 2009.
Batch ke-2 anak itik Khaki Campbell telah berumur 3 minggu berjumlah 98ekor.(kematian setakat ini = 2ekor)Anak2 itik ini dibeli dari Encik Salim Aquarium Wazzup, Jln Kebun Pada minggu pertama Ramadhan.
2/11/09
Batch pertama itik penelur sebanyak 26 ekor.Purata penghasilan telur sehari adalah 20 biji.
Batch ke-2 sebanyak 98 ekor semakin sihat & membesar.Sekarang berumur 2 bulan.Kawasan utk batch ke-2 telah diperbesarkan dgn kepungan zink terpakai.Oleh kerana sekarang ni musim hujan, kawasan reban agak lecak & berair.
02/01/10
Batch ke-3 sebanyak 100 ekor telah tiba pada 01/01/10.Dibeli dari Wazzup Aquarium.InsyaAllah akan dipindahkan ke reban pada hari Ahad 03/01/10
Oleh kerana kawasan reban untuk anak itik tidak sempurna maka kadar kematian akibat penyakit & gangguan tikus amat tinggi.
Boleh di katakan batch ini tidak menjadi & hanya lebih kurang 30 ekor sahaja yang survived..
Sungguhpun begitu rakan kongsi kami tidak berputus asa malah berazam untuk memperbaiki kaedah ternakan untuk batch yang akan datang.
19/06/10
Batch ke-4 sebanyak 100 ekor yang dibeli dari Waa_Ramli Bicarajutawan telah sampai.Petang sabtu itu juga saya siapkan reban kayu berlantaikan jaring dawai untuk anak2 itik. Moga2 dengan reban bertutup ini sang tikus tidak mampu untuk mencuri itik2 kecil ini.
Setakat minggu pertama, kadar kematian agak tinggi.Sebanyak 5 ekor anak itik telah mati kebanyakkan nya akibat kekurangan air & stress akibat perjalanan jauh & berhimpit2 sementara menunggu reban dawai siap.
Sungguhpun begitu, hasil pemantauan kami-didapati anak2 itik ini lebih bersih & kering dengan kaedah ternakan menggunakan reban dawai.
InsyaAllah pada 6/7/2010 batch ke-5 akan menyusul sebanyak 100 ekor lagi.
Sekiranya ternakan ini berjaya, menjelang hujung tahun ini kami akan dapat membekal telur masin & telur segar ke rangkaian kedai makan di sekitar Kg Rantau Panjang & Bandar Klang.